Makanan bayi 6 bulan

TIPS BERI MAKAN BAYI MENGIKUT USIA
===========================
.
Setiap peringkat usia bayi memerlukan jenis dan tekstur makanan yang sesuai untuk :
.
1. menyokong pertumbuhan mental dan fizikal
2. melatih otot berkaitan pertuturan
3. melatih bayi merasa pelbagai jenis rasa dan tekstur
4. membantu mengelakkan bayi menjadi picky dan fussy eaters.


BAYI USIA 6-7 BULAN
Semasa usia 6 bulan bayi biasanya baru mula diperkenalkan dengan makanan pejal atau solid food. Berikut adalah tips untuk bayi berusia 6 dan 7 bulan.
.
1. Tekstur
Pastikan tesktur yang diberikan adalah halus dan tidak terlalu pekat. Hal ini kerana bayi ketika ini belum biasa makan makanan selain daripada susu badan ataupun susu formula. Jadi untuk elakkan perut bayi 'terkejut' mulakan dengan bubur atau puree yang betul-betul halus dan sedikit cair.


2-. Posisi ketika makan
Pastikan bayi didudukkan. Sama ada atas kerusi, di support belakang dengan bantal atau kusyen. Jangan sesekali beri makan sewaktu bayi baring


3. Gunakan sudu bayi/ sudu teh.
Letak dekat dengan mulut anak bagi dia tengok, rasa dan bau. Kalau anak taknak makan jangan putus asa cuba lagi. Untuk permulaan boleh mulakan dengan kuantiti 2 sudu teh. Anak belum biasa mungkin untuk permulaan kuantiti tu belum tentu habis.

4. Beri susu dan air kosong selepas makan
Dah habis makan barulah beri susu pada baby. Jangan pulak beri susu sebelum makan. kalau dah kenyang susu nanti baby taknak makan pulak.

5. Gunakan sudu dan bowl yang betul
Jangan cuba-cuba masukkan makanan dalam botol susu. Bayi kena diajar eating habit yang betul. nak makan kena duduk dan makan dari sudu bukan botol.

Untuk produk babyfood Izliyah Kitchen. Kami menyediakan pilihan bubur segera dan mudah masak yang sesuai seawal usia 6 bulan.

Segera disini bermaksud bubur tu hanya perlu tuang air panas sahaja dah siap jadi bubur. Konsep sama macam Nes*** tapi produk ni tanpa garam, tanpa gula, tanpa pengawet dan perasa tambahan.

Berikut adalah pilihan bubur yang ada.


 




Untuk tips beri makan bayi berusia 8 bulan ke atas. Tunggu next post yer.


#babyfood #homemade #healthybabyfood #carabagibayimakan #makananbayi #6monthsoldbaby

Comments